Ewah ewah ramai la yang bercuti
hari ni yer. Cuti panjang la start dari hari khamis hari tu. Tapi aku ni keje
gak. Bulan depan raya cina dapat la rasa nikmat cuti panjang. Hamek ko. Haha. Hari
ni bersemangat datang ofis walaupun pakai t-shirt dengan jeans je. -_-“ ok masa
mula-mula keje dulu memang rajin yang amat pakai baju kurung tudung belit-belit
segala (masa tu kategori hijabsta belum wujud..ke?) da masuk tahun ke 2 keje
terus malas nak iron bagai. Pakai t-shirt dgn jeans je lah.
Teringat dulu masa cik kerani
baru masuk keje (late last year) dia tanya aku nak panggil aku apa? Aku selalu
bahasa kan diri “akak” kalau dengan perempuan (ye dik..hakak sedar da masuk
3series ;p ) umur cik kerani baru 23 yer.. budak lepasan U. Aku senyum je.. aku
cakap la panggil kak je sebab ai da tua (owh..senior hokey) dia cam terkedu
sebab dia kata nampak macam muda dari dia –cerita betul takde tokok
tambah..sila muntah hijau berjemaah- hahahahahaha..aku gelak je la. Ni mesti taktik
nak amek hati ai. Owh tak rela.
Cik kerani ni gak lah yang bagi
aku mende ni. Contest dinner bersama Bang Nuar ku (wink wink). Memang aku
meroyan la dgn encik suruh dia beli paper metro hari-hari sebab nak keratan
loga RAP kat paper tu. Siap aku ugut dia kalau aku menang aku taknak bawak dia
jumpa bang nuar (hahahaha..gelak guling2 berangan betol kan). Masa keluar iklan
bang nuar nak buat konsert aku terus msg encik belikan aku tiket (harus la
xdapat kan..huh) encik tanya bila konsert nyer terus aku jawab tak sempat nak
tgk sebab tgk bang nuar senyum dgn lesung pipit dia terus xhingat dunia
(jerit..jerit..;p)
So sekarang borang da lengkap nak pos hari ni.
Moga-moga dapat menang peraduan (hahaha)..kalau xdapat jumpa bang nuar dapat
tgk ujung rambut pun xpe la ^_^