Friday, September 12, 2014

Meh ber-kimchi ala-ala Cik na



Tengah-tengah mencari resepi kat group resepi ringkas facebook, tetibe rasa nak cuba buat kimchi –hukhuk- gelak gediks sangat kan. Fefeeling orang korea sekali sekala walaupon kulit kau dan mereka jauh bertiang-tiang letrik -_-“ google punya google terus dapat la idea macam mana nak buat. Ni semalam punya cerita –ayat budak baru nak up- hazab kan. Semalam pak incik kata tak sempat nak lunch sebab ada meeting pukul 1 tengah hari. Hokeh.. so ahkak tak payahlah terkocoh-kocoh masak bagai. Masak untuk diri sendiri goreng telur pon boleh. Pukul 10 aku dah keluar dari plant –hukhuk-ponteng + ngular.   

Dengan semangat berkobar-kobar terus la aku pergi kedai beli bahan-bahan nak buat kimchi (ke?).Semangat tu ala-ala mengidam kaedahnya. Misi pertama cari kubis cina. Cari punya cari mujur jumpa. Tapinya kubis yang belum dipotong-potong lagi. Dengan muka ala-ala comel minta pelempang aku tanya pakcik yang jual tu boleh tak potong? Harus la kan buat nya eksperimen tak jadi siapa nak hadap kubis sebiji besar tu. mujur la pakcik tu kata boleh kopek sehelai-sehelai daun kubis tu. -kopek mengikut definisi orang di sini agak lucah jadi kalau ada yang tak segan silu sebut depan orang tu makna dia orang luar ;p - 

Banyak pulak ulasan. Berikut cara-cara menyediakan kimchi ala-ala xberapa nak korean versi cik na.

 Cuci bersih-bersih kubis dan sawi. Yelah mana tau kot ada cacing ke bagai.. tak pasal-pasal dapat protein tambahan ye tak. Ikut resepi kene letak radish (lobak putih) tapi takut tekak ahkak tak boleh terima terus ganti dengan sawi batang gemok ni. Sawi batang kurus aku tak minat sangat, pahit katanya..haha alasan.

 Kemudian potong-potong ikut suka hati la. Kau taknak potong pon takpe..telan la sayur panjang-panjang tu. Ektrem katanya. Asingkan batang dan daun. Senang nak perap dengan garam nanti. Batang sayur bagi aku lambat nak serap garam (eh ye ke?) ;p

 Aku guna garam kasar bagi masinkan sayur ni. Memang masin kot (da kau pergi masukkan seketul garam dalam mulut kenapa la?) Lebihkan sikit garam ke batang sayur. dan bagi daun sikit pon da masin aku rasa. Ikut tahap kemasinan masing-masing la kan. Kalau nak mulut masin telan la sepeket garam kasar tu.

 Da gaulkan garam semua, letakkan sayur tadi kat tapisan. letak mangkuk kat bawah dan tutup dengan pingan kat atas, kemudian aku letak pulak batu lesung kat atas dia. Macam pemberat la konon-konon. Tujuan murni bagi air dari sayur keluar so takde la sayur berair sangat kan.

 Sementelaah itu, tumbukkan beberapa ulas bawang putih dan suku ulas bawang holland dengan agak-agak lumat. Nak blender pon boleh tapi aku suka guna kekuatan lemak lengan ni jadi aku tumbuk dengan lesung. Ni aku tumbuk lebih sikit sebab nak buat rencah sup cendawan bodoh ;p Guna bawang merah pun boleh, tapi sekali lagi ikut suka aku so aku ganti bawang holland.


 Untuk paste dia aku guna bahan ni je. Budu atau sos ikan (which can easily found in this area obviously), serbuk cili (aku guna baba's sebab pedas katanya) dan daun kucai (ni bukan untuk paste, tapi sebab ada dalam gambar kena la mention).

 Campurkan budu dan serbuk cili dan masak guna api kecik. Aku tak guna sos ikan sebab bau dia kurang enak bagi aku -heh- Lagipon budu pon da masin kan. Sebungkus serbuk cili aku letak. Warna cantik la kan. Da mendidih kejap, letak pulak bawang yang da tumbuk tadi. Kemudian boleh la rasa. Untuk aku, terpaksa tambah beberapa biji cilipadi tumbuk sebab tak pedas langsung -_-" ahkak kan kuat pedas. Bak kata pak incik, berkilo cili pon tak pedas bagi aku ;p Ikut resepi asal kene letak tepung jagung bagi pekat, tapi aku derhaka tak letak. Hohoho

 Ni sayur yang da diperap dengan garam selama 30 minit. Aku perap jap je sebab tak nak masin sangat, Lagipon pukul 2 da kena masuk ofis kan -hukhuk- Cuci bersih-bersih. Sambil cuci tu boleh la rasa kalo masih masin cuci lagi. Sampai sedap-sedap camtu. Tapi jangan la rasa semua. Takdan jadi jeruk nanti. Da cuci tapis lagi. Tak mo ade air.



Campurkan sayur dan paste tadi sikit-sikit. Nak lumur dengan tangan pon boleh. Tapi hadap la bau budu kat tangan kalau tak cuci bersih. 
 Da agak-agak sebati, campurkan pulak daun kucai yang dipotong agak-agak 1 inci -_-" alah agak-agak je kan..tak payah la beriya amek pembaris ukur seinci-seinci.

 Nak siap semua leh la masuk dalam bekas -ni tupperware aiskrim je- sebab serbuk cili nanti harusla meninggalkan kesan abadi bila nak cuci kan. Lepas tu leh la peram dua, tiga hari..ke?


Tapi versi cikna ni lepas siap terus aku cedok sikit dan ngap dengan telur goreng dan sup cendawan bodoh. Sebab pe nama dia bodoh sebab isi cendawan and bawang semata tapi kalau makan tak la mengakibatkan kebodohan. Literally. Sedap gak krup krap bunyik sayur rangup. Aku tak tau la rasa kimchi sebenar tapi versi yang ini setelah dicedok dari pelbagai resepi di google ni la yang aku dapat hasilkan. Nak bagi pak incik seperti biasa dia tak mau. Konon tekak hollywood nya tak leh blah masakan K-pop mahupon anime. Eh incik..eksen kan dikau.


p/s: sambil masak sambil amek gambar amatla payah bagi insan seperti ku. tabik spring kat orang yang selalu upload gambar cara-cara memasak. Ni pon step by step asyik kena lap tangan pastikan betul-betul kering agar tak terkena IPHONE 5 ku yang super sensitif ini -rasain loh ku capslock kn jenama fon- ;p




Friday, August 29, 2014

Merdeka ke?

Yosh..minggu ni cuti panjang sebab hari senin public holiday. Masa terluang haruslah dipenuhi dengan menonton anime sampai lebam. -_-" Agak malas sebenarnya nak mengupdate blog yang narcissism ni. Kengkawan pon da ramai yang tak update -had a better commitment I pressume- oh well.. perhaps in future I have so much to tell in this blog.

Almost 2,3 years tak present -guna powerpoint obviously-pff rolling eyes- last Wednesday bos suruh aku present untuk bidding company. tak sempat nak rasa nervous sebenarnya, cik kerani yang comel da siapkan slaid, and he told me to present on Friday. I was like ok, ingatkan sempat la kot nak prepare kata-kata mukadimah sebelum present..tuptup sampai je kat tempat kejadian banyak la pulak keje nak kena setel sebab the whole last week I was in the office. Meeting pukul 10.30am and I started the presentation as soon I reached there.

Tau-tau da nak dekat kul 12.00pm. Perut pon da berkeroncong la kan. thankfully klien sangat la humble and friendly. Salute sikit. Pastu bergegas balik rumah masak-masak bagai. Sampai ofis baru tanya bos ok ke tak presentation tadi. Mujur bos kata OK sajork..surely there's some correction to be made tapi alhamdulillah both of party puas hati. Boleh dapat ke bonus lebih ke ni? hahahaha gelak jahat tapi penuh harapan -_-"

oowh by the way, minggu lepas sempat la tengok The fault in our stars ke hape tajuk nye.. memang the fault betul la. rasa membazir 2 jam lebih. jalan cerita slow, klimaks xsampai, ending pon hurm.. patut part Gus mati tu la kena tunjuk.. ahkak tak nangis pon hokeh! mujur sedut je cerita. Senin lepas tengok wayang cerita Lucy pon rasa membazir. ending Lucy jadi pendrive memang aku tak leh nak cerna -_-" (sape yang tak tengok lagi ni da jadi spoiler ;p ) I really can't brain this. Lantas ku mesej engineer ofis lalu ku cerita kan spoiler tersebut. hahaha tak jadi dia nak g tengok dengan awek die. takut kene bising sebab cerita ntahapehapela tu

malam ni nak g teman encik main bowling pulok -_-" macam-macam la pak incik tu..layan kan aje la



Friday, July 25, 2014

Teaser..the pink room


 
 
 Soon ..wink wink 

Monday, June 23, 2014

Monday morning


Jamu mata 

Friday, June 20, 2014

Charming Friday

 
 Untung ada adik manis kat opis. Bawa fresh flower serikan opis. Huhu. 
 
Abaikan tumbler pink itu.                       


 P/s dengar-dengar raya dapat bonus besar. Untungla 😄

Thursday, June 19, 2014

Precious time


 
A sprinkle of olive oil, a bit of salt and pepper, some red hot chillies.. walla! Perhaps should add some olive.. Yummeh

Couldn't be any better while watching project runway all stars season 3 

Wednesday, June 18, 2014

Demotivated

Recently, a lot of things happened in my life, some are good whilst some are worse. At certain point i do thought if I wasn't who I am right now, I might be someone else. What if I were ....?  and then I came to realise it was just an excuse to point my chubby finger at particular things that badly happened through all my 30 years life. I'm quite happy with my existence. I'm cured from my illness -including uncertain pulse rate, peculiar behaviour, irrational blood pressure and etc -which I can't describe. To that I am grateful.                 My therapy is simple -love and be loved in return. And what's the better way to channel your feelings? Petting a pet ^^.
 
I called him "Tuah" - he is a stray cat that linger around my office. My officemate feed him everyday until he became fatty ^^. He is so cute and will ignore you when he's already full. Well, that's what cat normally act ~sigh.  I do fed stray cats behind my house. Some were tame and playful. They will come to you when you call them. While some are still scared to human. But I won't give up feed them and wait for them to surrender 😄. Cats..why are you so cute? 

Mistaken identity

Nama beliau Oren. Beliau seekor kucing jantan 😅

Wednesday, March 26, 2014

Thoughts!

Pray for them.. Pray for mh370 

Tuesday, March 25, 2014

pre-wedding ..(xhagak tajuk -_-")



Da daftar dalam hujung bulan Januari yang lepas. Then they gave us slot on 15th march 2014. Berkali-kali gak nak gi daftar tapi selalu jer ade aral melintang patah membujur lalu. So bila da dapat daftar terus la bertekad nak pergi kan. Pergi daftar kat Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan. Bayar rm80 pastu dapat la resit. Cek dulu nama kat resit tu. Nanti akan dicetak ke sijil. Even my name only have 5 letters, still the cute little miss can misspelled -_-“

Mulanya sangat la malas nak pergi sebab leka main-main dengan Apas. Such a playful kitten. Tapi sebab encik kata tak nak pergi if I didn’t join, terpaksa la –rugi woo da bayar tak nak pergi. Duduk dengar ceramah je pun kan. Ok fine. Walaupun penglihatan di waktu malam agak terhad tetap ku gagahi sampai ke kuantan pukul 10 malam. Esoknya, kul 730 pagi da gerak ke masjid negeri kuantan. Kena daftar pukul 8 pagi. Sampai pukul 745. Ok takpe la pergi la beratur daftar. A bit dissapointed at first. Tentative program pon takde. Ok fine -_-“ pagi pukul 930 patut ada breakfast. Puas la jemaah kursus pra perkahwinan tawaf satu masjid cari jamuan pagi tapi nan ado. Urusetia pun wat dek jer bila tanya. Rupanya catering tak dapat hantar pagi tu. Tapi takda inisiatif dari pihak urusetia pon maklumkan kami.  -_-“

Lepas tu sambung la ceramah dengan perut masing-masing berkeroncong. Encik da hangin-hangin tapi sempat gak hulur air milo ;p Lunch lepas tu ok la. Tapi gitu-gitu jer. Dorang replaced breakfast dengan minum petang. Tapi -_-“ catering hantar lepas kul 5. Ceramah kul 415 da habis. So burn gitu je la kan. 

Sok pagi nya 730 da sampai terus gi makan roti canai dulu hahaha.. lepas tu kan nak tadah telinga dengar ceramah. Ada 9 slots ceramah, 5 slots hari sabtu, 4 slots hari ahad. Dan ada ujian sebelum balik. Patutnya dapat sijil by the end of the day. Tapi -_-“ (again) ada masalah teknikal lagi. Kena ambil hari rabu (pulak) ok la takpe. Kebetulan hari rabu ada intebiu kat Mahkota Square so takpela sekali harung.

Weekend yang sibuk dan penat. Pengsan.


Apas yang comel ^^

Monday, March 24, 2014

Ironi

Ialah apabila tenung kata-kata motivasi sambil makan mc chicken 😓. 



Sunday, March 23, 2014

long interval..



;) it’s been a while. Minggu lepas agak sibuk sikit. Hari rabu ambil half day asbab? Balik kampung huhu. Had an interview the next morning and can’t take leave any sooner. So, balik la dengan perasaan berkobar-kobar ditambah pulak dengan kemarau berjerebu.. ohhh…kebakaran hutan di sana sini. Dari Pekan hingga la ke area Bahau. Dalam pukul 530 petang macam tu, arrived at Air Mawang, N9. Sambil focus dengar berita tentang MH370 tiba-tiba kereta kat depan macam mengelak sesuatu di jalan. Thought it was some dead animal, i just followed the car. Tapi masa mengelak tu sempat menjeling kat side mirror belah kiri. Okay, wait..i thought I saw something. Rasa tak sedap hati, slowly reversed to that particular “something”. 

Kebetulan tiada kereta yang lalu. Terkejut sangat bila tengok kat tengah-tengah jalan tu ada seekor anak kucing tengah duduk berehat. And it looked at me. It is still alive. Cepat-cepat keluar dari kereta, took that kitten and drive. I am 100 % sure it was a “real” cat and belongs to nobody. Kawasan tu semua hutan. Masa dalam kereta dok la membebel kat anak kucing ni kenapa duduk tengah jalan, kalau lori langgar ke macam mana? And bla, bla, bla..

Masa tu memang tak fikir apa-apa kemungkinan pun. Sampai ke Tampin baru la terfikir sesuatu. Adakah itu anak rimau? Tapi kaler dia putih –ok..positif anak kucing. Adakah kucing itu kepunyaan bunian? Opps..kaler putih.. mula da rasa ketar.. -_-“ sampai kat rumah terus panggil mak beritahu jumpa sesuatu. My brother terus cari dalam kereta dan angkat anak kucing tu. Masa tu la baru tengok muka anak kucing tu betul-betul. Putih macam kapas, mata biru, ekor panjang kaler kuning-kuning air sikit (owh metafora nya) terus mak namakan dia “Kapas” or “Apas”.

Tapi tak lama dok kat kampung kali ni. Sebab hari Sabtu nya ada pula kursus. Penat memang la sangat. Petang jumaat balik semula ke Kuantan. Tak dapat main lama-lama dengan Apas..tapi bulan depan akak balik lagi yer sayang ^^ 

p/s: jerebu sangat la sampai drive malam memang tahap penglihatan terhad. Sampai ke tol gambang tak berani pandang kiri kanan ;p takut ade sesuatu yang mengikut..haha..horror!