Friday, January 20, 2012

Mungkin?

Agak malas mencoret sesuatu sebelum dan selepas tahun baru. Mungkin kah saya bakal menamatkan zaman menulis blog? Huhu.. sangat runsing sekarang. Mungkin kah kerunsingan ini akan berakhir sejajar dengan hujung januari ini? Berdebar sangat.

Minggu depan da bermula cuti panjang sempena tahun baru cina. Saya suka kan cuti dan sudah lama tak jejak ke kampung halaman. Paling penting dapat tengok muka mak, abah. Rindu sangat rasa di hati. -_-“ harus menangis kalau dapat balik hanya pada bulan Mei. Sudah 4 bulan tak balik..sedih tau!

Ada yang bertanya kenapa penutup 2011 saya komen hanya dengan lagu trauma.. harus ke saya jawab standard ala-ala datuk siti ~biarlah rahsia?~ TIDAK! ~sambil memakai selendang dan berjambul ke?~ tiba-tiba saya rasa diri seekor ayam sebab berjambul.. ;p

Saya bagi peluang terakhir untuk diri saya. Itu saja jawapan bagi lagu trauma. Selepas ini saya harusla tidak memandang ke belakang lagi takut dengan gangguan momok ke? Nanti saya cerita tentang rumah sewa saya sekarang ni. Ada kisah momok semasa saya baru pindah tahun lepas. Tapi tak boleh cerita sekarang sebab nanti momok tau saya cerita kat orang lain terus dia tunjuk muka pulak~heh!~

Tunggu saya pindah tempat baru ke baru leh cerita? Bila la leh pindah ni….