Wednesday, January 30, 2013

Buku Januari



Phantom. ;) masa zaman menggedik dulu (sekarang kurang gedik ;p ) adalah tersuka kat seseorang yang punya nick P ni. Ini cerita 13 tahun lepas. Teet!! Hadek-hadek sila guna kalkulator untuk kira actual age hakak masa tu yer. Patutnya cerita ni off record tau tapi sebab masing-masing da dewasa dan da cukup matang untuk menilai maka aku kongsikan bersama ;p.

P dan aku kira kawan tinta je. Tak pernah pun berborak macam kawan-kawan biasa. Suka tu macam kawan la (ye ke? Haha..ada la sikit-sikit..zaman hingus kan) ada rasa yang terlebih terkurang tu terpaksa la pendam walaupun kalau dapat cakap kat telefon da melompat-lompat macam kera kena belacan. Hahaha. A year after that..aku kenal la pulak dengan encik and declared. So perasaan untuk P terus terpadam... and dia pun da kawin dan mungkin da ada anak la kot. Entah. Harap-harap la..kita doakan yang terbaik je. 

Baru-baru ni aku ngeteh la dengan encik. Dia seperti biasa akan main game kat tab nyer tu. Masa main game yang utama adalah game itu sahaja..awek ke makanan ke da tolak ke tepi -_-“ pastu encik guna nick “Phantom”. LOL. Tetibe mulut gatal aku ni pun dok sapa...”eh eh..dulu masa saya kat asrama dulu ade kawan baik nama yg sama cam awak guna” (nada minta pelempang). Terus encik reply “ SO?” hokey..ade nada marah and jeles aku pun wat muka tak malu terus tengok berita tv1 yang aku tak faham ujung pangkal nye. (haha..hamek ko).

Sebenarnya nak cerita tentang buku The Phantom Of the Opera je. Heh. Melalut lak ke zaman silam. Buku ni da lama beli tapi tak habis baca lagi. Memangla sebulan sebuah buku tapi tak terbaca-baca lagi buku-buku tu..haih!! yang best nya buku ni...besides jalan cerita yang menarik..(duhhh..harusla semua pun da tengok filem dia kan..) susunan ayat dan gaya bahasa nya menarik perhatian. Penulis tak menggunakan bahasa pasar, common language ataupun bahasa rojak (seperti dalam blog picisan ini) dalam hasil nukilan beliau. Tapi mengunakan ayat literatur yang sangat mempesonakan. 
 buku yang daun-daun tu cik kerani punye. huhu

Seakan kita berada di situ, mengalami peristiwa yang sama, dan menjiwai karakter yang diimaginasikan. (wah..bahasa!) buku literature macam ni memang sesuai kalau nak bagi kanak-kanak belajar sastera sebab kaya dengan perkataan yang jarang atau tak pernah kita dengar atau baca. 

Huh. Selesai karangan kali ni. Kalau ayat-ayat yang sama dapat digunakan semasa karangan spm dulu harusla dapat A1 dalam BM. Tapi............(lengkapkan la ayat sendiri ;p )