Argh..pagi-pagi
mood da tak hepi >.< hari ni berangan nak jadi makcik nasik lemak. Beriya bangun kul 6 pagi nak
masak sambal bagai. Siap da bilis goreng, telur rebus, timun, sambal udang
bagai tengok-tengok nasi mentah!! Huwaaaa…
Letak lagi air
tunggu sampai kering. Sempat lagi dok tengok kain baju kat mesin. 3 hari hujan
maka jemuran memang tak berangkat. So pagi tadi tengok ampaian clear terus
masukkan baju-baju dalam mesin. Sampai 3 kali spin nak pastikan baju kering
balik nanti. Hari ni pun hujan lebat. Harus la ambil langkah berjaga-jaga kan.
Da habis spin 3
kali, da mandi (air sangat sejuk hokey..laksana bermandikan ais di pagi hari)
siap-siap pakai tudung semua tengok nasi…mentah lagi plus lembik lak tu. Haru
sangat. Hangat kan
lagi nasi tu..terkocoh-kocoh jemur baju semua & sempat bersapa dengan 3
ekor anak kucing yang sangat comel (jiran punya) & jinak. Kita dok jemur
baju dia lenggang kangkung datang ke baldi main-main kaki kite. -_-“ sorry kittens
I have to go to work it’s already 8.15am. huhu
Tengok lagi
periuk nasi still lembik. Huhu..salah teknik da ni. Tawakal jelah. Masuk dalam
tupperware zap zap g koje. 8.30 am. Ambil colleague & jem! -_-“ couldn’t be
any worse kan.
Sampai ofis tengok nasi lembik sangat-sangat. Tak tahu nak usaha macam mane
da.. harus ke bawa periuk nasi ke ofis? Hahahahaha –gelak jahat..
Tak lalu nak
makan pe lagi bagi encik. -_-“ in the end kul 11 gi beli nasi putih je. Makan
la dengan lauk nasi lemak tu. Cita-cita nak jadi makcik nasi lemak terkubur
hari ni. Rasa down sangat-sangat >.<