Sunday, March 23, 2014

long interval..



;) it’s been a while. Minggu lepas agak sibuk sikit. Hari rabu ambil half day asbab? Balik kampung huhu. Had an interview the next morning and can’t take leave any sooner. So, balik la dengan perasaan berkobar-kobar ditambah pulak dengan kemarau berjerebu.. ohhh…kebakaran hutan di sana sini. Dari Pekan hingga la ke area Bahau. Dalam pukul 530 petang macam tu, arrived at Air Mawang, N9. Sambil focus dengar berita tentang MH370 tiba-tiba kereta kat depan macam mengelak sesuatu di jalan. Thought it was some dead animal, i just followed the car. Tapi masa mengelak tu sempat menjeling kat side mirror belah kiri. Okay, wait..i thought I saw something. Rasa tak sedap hati, slowly reversed to that particular “something”. 

Kebetulan tiada kereta yang lalu. Terkejut sangat bila tengok kat tengah-tengah jalan tu ada seekor anak kucing tengah duduk berehat. And it looked at me. It is still alive. Cepat-cepat keluar dari kereta, took that kitten and drive. I am 100 % sure it was a “real” cat and belongs to nobody. Kawasan tu semua hutan. Masa dalam kereta dok la membebel kat anak kucing ni kenapa duduk tengah jalan, kalau lori langgar ke macam mana? And bla, bla, bla..

Masa tu memang tak fikir apa-apa kemungkinan pun. Sampai ke Tampin baru la terfikir sesuatu. Adakah itu anak rimau? Tapi kaler dia putih –ok..positif anak kucing. Adakah kucing itu kepunyaan bunian? Opps..kaler putih.. mula da rasa ketar.. -_-“ sampai kat rumah terus panggil mak beritahu jumpa sesuatu. My brother terus cari dalam kereta dan angkat anak kucing tu. Masa tu la baru tengok muka anak kucing tu betul-betul. Putih macam kapas, mata biru, ekor panjang kaler kuning-kuning air sikit (owh metafora nya) terus mak namakan dia “Kapas” or “Apas”.

Tapi tak lama dok kat kampung kali ni. Sebab hari Sabtu nya ada pula kursus. Penat memang la sangat. Petang jumaat balik semula ke Kuantan. Tak dapat main lama-lama dengan Apas..tapi bulan depan akak balik lagi yer sayang ^^ 

p/s: jerebu sangat la sampai drive malam memang tahap penglihatan terhad. Sampai ke tol gambang tak berani pandang kiri kanan ;p takut ade sesuatu yang mengikut..haha..horror!