Sekarang ni I da jarang-jarang nak update status bagai kat fb. Dan kadang-kadang je I komen kat status kawan-kawan. Login fb selalu la. Just nak tengok update and gambar-gambar kawan-kawan. Macam trend lak orang-orang zaman millennium ni.. semua gambar pun nak masukkan dalam fb. ~well..tak kisah la..fb ko kan *tangan ke dada mata ke ats * lol~
So kawan-kawan seusia I ni ~lewat 20an..pfff~ ramai la yang dok khabarkan kat fb da pregnant la, da masuk hospital nak bersalin la, letak gambar newborn baby la..paling tak menahan nama budak-budak sekarang. Huhu..harusla berbelit nak menyebut plus panjang berjela…~whatever la..anak ko kan..~
Ahad lepas I g la kenduri kahwin colleague. Mujur gi belah lelaki nyer pihak (kawan I perempuan). Kalau pergi ari sabtu tu harusla I kene cuci periuk semua sebab after pengantin berarak makanan segala pon da diangkut oleh sanak sedara ;p.. tengah makan-makan encik tanya berapa kos cik pengantin buat majelis kat hotel 3 bintang. I cakap tak tau. Pastu encik kata die nak wat kat dewan kalo leh. Mak aih –I telan nasi pun cam tercekik- matila I kene pura-pura jadi wanita melayu terakhir kalo kene bersanding bagai. -_-“
Pastu I cakap kat encik.. xpayah la, I kalau leh nak wat yang wajib jer. Tunang-bersanding ni semua tak penting. Kalo encik nak wat kat dewan tah apetah lagi..encik bersanding sorang la. –sampai ke tua la I xkawen gamaknyer kalo harus bersanding-silat-berpelamin bagai-
Tapiiiiiii…………………………
Semua pun bila I da konvo master..my life will be incomplete if I didn’t put an end to what I have started years ago. Sebab I ada cita-cita nak ada phd before 40 ^_^ terpaksa la cari balik update journal. Manuskrip pon banyak kena gubal plus kene wat proposal la in case nak sambung phd. Bila fikir masa depan terus tersenyum sorang-sorang. Hihi.
Nota di pintu: letak nama anak Kasihku Tak Beropol dengan Jejaka Idaman Gadis Semalaya..boleh? hahahaah