Wednesday, March 26, 2014
Tuesday, March 25, 2014
pre-wedding ..(xhagak tajuk -_-")
Da daftar dalam hujung bulan Januari yang lepas. Then they
gave us slot on 15th march 2014. Berkali-kali gak nak gi daftar tapi
selalu jer ade aral melintang patah membujur lalu. So bila da dapat daftar
terus la bertekad nak pergi kan. Pergi daftar kat Pejabat Agama Islam Daerah
Kuantan. Bayar rm80 pastu dapat la resit. Cek dulu nama kat resit tu. Nanti
akan dicetak ke sijil. Even my name only have 5 letters, still the cute little
miss can misspelled -_-“
Mulanya sangat la malas nak pergi sebab leka main-main
dengan Apas. Such a playful kitten. Tapi sebab encik kata tak nak pergi if I
didn’t join, terpaksa la –rugi woo da bayar tak nak pergi. Duduk dengar ceramah
je pun kan. Ok fine. Walaupun penglihatan di waktu malam agak terhad tetap ku
gagahi sampai ke kuantan pukul 10 malam. Esoknya, kul 730 pagi da gerak ke
masjid negeri kuantan. Kena daftar pukul 8 pagi. Sampai pukul 745. Ok takpe la
pergi la beratur daftar. A bit dissapointed at first. Tentative program pon
takde. Ok fine -_-“ pagi pukul 930 patut ada breakfast. Puas la jemaah kursus
pra perkahwinan tawaf satu masjid cari jamuan pagi tapi nan ado. Urusetia pun
wat dek jer bila tanya. Rupanya catering tak dapat hantar pagi tu. Tapi takda
inisiatif dari pihak urusetia pon maklumkan kami. -_-“
Lepas tu sambung la ceramah dengan perut masing-masing
berkeroncong. Encik da hangin-hangin tapi sempat gak hulur air milo ;p Lunch
lepas tu ok la. Tapi gitu-gitu jer. Dorang replaced breakfast dengan minum
petang. Tapi -_-“ catering hantar lepas kul 5. Ceramah kul 415 da habis. So
burn gitu je la kan.
Sok pagi nya 730 da sampai terus gi makan roti canai dulu
hahaha.. lepas tu kan nak tadah telinga dengar ceramah. Ada 9 slots ceramah, 5
slots hari sabtu, 4 slots hari ahad. Dan ada ujian sebelum balik. Patutnya dapat
sijil by the end of the day. Tapi -_-“ (again) ada masalah teknikal lagi. Kena
ambil hari rabu (pulak) ok la takpe. Kebetulan hari rabu ada intebiu kat
Mahkota Square so takpela sekali harung.
Weekend yang sibuk dan penat. Pengsan.
Apas yang comel ^^
Monday, March 24, 2014
Sunday, March 23, 2014
long interval..
;) it’s been a while. Minggu lepas agak sibuk sikit. Hari
rabu ambil half day asbab? Balik kampung huhu. Had an interview the next
morning and can’t take leave any sooner. So, balik la dengan perasaan
berkobar-kobar ditambah pulak dengan kemarau berjerebu.. ohhh…kebakaran hutan
di sana sini. Dari Pekan hingga la ke area Bahau. Dalam pukul 530 petang macam
tu, arrived at Air Mawang, N9. Sambil focus dengar berita tentang MH370
tiba-tiba kereta kat depan macam mengelak sesuatu di jalan. Thought it was some
dead animal, i just followed the car. Tapi masa mengelak tu sempat menjeling
kat side mirror belah kiri. Okay, wait..i thought I saw something. Rasa tak
sedap hati, slowly reversed to that particular “something”.
Kebetulan tiada
kereta yang lalu. Terkejut sangat bila tengok kat tengah-tengah jalan tu ada
seekor anak kucing tengah duduk berehat. And it looked at me. It is still
alive. Cepat-cepat keluar dari kereta, took that kitten and drive. I am 100 %
sure it was a “real” cat and belongs to nobody. Kawasan tu semua hutan. Masa
dalam kereta dok la membebel kat anak kucing ni kenapa duduk tengah jalan,
kalau lori langgar ke macam mana? And bla, bla, bla..
Masa tu memang tak fikir apa-apa kemungkinan pun. Sampai ke
Tampin baru la terfikir sesuatu. Adakah itu anak rimau? Tapi kaler dia putih
–ok..positif anak kucing. Adakah kucing itu kepunyaan bunian? Opps..kaler
putih.. mula da rasa ketar.. -_-“ sampai kat rumah terus panggil mak beritahu
jumpa sesuatu. My brother terus cari dalam kereta dan angkat anak kucing tu.
Masa tu la baru tengok muka anak kucing tu betul-betul. Putih macam kapas, mata
biru, ekor panjang kaler kuning-kuning air sikit (owh metafora nya) terus mak
namakan dia “Kapas” or “Apas”.
Tapi tak lama dok kat kampung kali ni. Sebab hari Sabtu nya
ada pula kursus. Penat memang la sangat. Petang jumaat balik semula ke Kuantan.
Tak dapat main lama-lama dengan Apas..tapi bulan depan akak balik lagi yer
sayang ^^
p/s: jerebu sangat la sampai drive malam memang tahap
penglihatan terhad. Sampai ke tol gambang tak berani pandang kiri kanan ;p
takut ade sesuatu yang mengikut..haha..horror!
Subscribe to:
Posts (Atom)