Satu bulan satu entri..boleh? haha..
Masa mula-mula dok rumah sewa dulu (yeay! Saya da berpindah..) rumah tu nearly a year takde orang stay. Sebab tuan rumah baru beli dari owner lama. Saya tak amek kisah sangat. Dan rumah tu tak lak tunjuk tanda-tanda menyeramkan. Heh. Selamba jer balik dari keja petang sabtu saya kemas sorang-sorang and tido kat 2nd room.
Ahad nya baru balik melaka amek barang and adik. Malam tu adik tido kat hall dan saya berdengkur kat bilik saya la which is master bedroom. That night nothing happened. ~cam cerita hantu lak~
Nak dijadikan cerita, seminggu lepas pindah (tak la seminggu), malam tu malam jumaat. Kalau tak silap lepas maghrib camtu kawasan perumahan tu black-out. saya selamba lagi ~huhu ade adik kan..tak la takutzz~ pasang lilin segala jadi la terang rumah tu. And ada 1 lilin saya letak kat sinki dapur. Memang saya letak tengah-tengah and kalo setakat angin sepoi-sepoi bahasa memang takkan jatuh la. Sebelah lilin tu pulak ada penutup botol. ~haha..imagine la sendiri~
Tengah saya borak-borak dengan adik, tetiba dengar bunyik sesuatu jatuh kat dapur ~hokey tetibe goosebump la sekarang ni~ adik saya (dia berani berbanding adik bongsu saya..heh) gi la kat dapur tengok. Saya Tanya ape barang tu. Die tunjuk penutup botol sebelah lilin tu. Saya pelik sangat sebab kedudukan penutup tu memang memustahilkan untuk ia jatuh melainkan disentuh oleh zarah yang sama sifat sehingga menyebabkan ia boleh terusik dari kedudukan asal. Tapi saya senyap je. Adik pon sama.
2,3 hari lepas tu saya g beli sayur kangkung and encik rendam akar kangkung tu kat bekas plastik tepi sinki yang sama gak. Pagi-pagi before g keja memang saya xde masa la nak masak bagai tapi sempat jeling kat sinki tu. Balik keja saya tengok kangkung tu da terkeluar dari bekas tu. Saya Tanya adik nape die letak kangkung tu kat luar and tak rendam? Dia kata bukan dia and dia ingat saya yang wat. Hokey saya da amuk. Sebab keadaan kangkung tu bukan bersepah, tapi seolah-olah ada orang keluarkannya dari bekas and letak elok-elok kat tepi bekas tu.
Saya buka bilik stor and cakap..weh, ko nak dok sini aku tak halau pon, sewa pon aku tak mintak, tak payah la ko nak tolong aku masak sume. Lagi 1 xpayah nak tunjuk-tunjuk muka ko, aku tak nak kenal pon. Kalo ko kaco lagi aku panggil org halau ko.
~memang saya cakap cm2 dengan nada serius and garang..hoho~
ne saya tau die dok bilik stor? Sal belakang bilik stor ada pokok mangga besar and agak suram masa tu. And adik saya pernah dengar plastik yang saya gantung kat tombol pintu bilik tu kena usik malam-malam.
Heh.. lepas tu dia ada la mimpi macam-macam..tapi tak lama la. Things back to normal sooner than we thought. Hehe..