Thursday, July 21, 2011

meroyan

hadoyai...sakit hati + meroyan la dengan orang BONUSLINK ni (saja je aku besarkan perkataan tu)

aku tak tau la aku sorang je ke yang hangin satu badan or orang lain pon dapat panggilan tengit dari pihak yang mengaku dari BONUSLINK and nak tawarkan pakej insurans perlindungan bagai -_-" annoying sangat tau tak? boleh sesuka ati jer pihak BONUSLINK bagi maklumat customer kat "sape-sape yang berkenaan tu"... Hadoyyai!

dalam sehari mau nya 4-5 kali aku dapat panggilan dari no 03-92077400 and 03-20366888. eeeeiiii...da kalo orang dok angkat kata busy, takde masa, busy 24 jam xfaham-faham ke pihak tersebut untuk tidak menelefon lagi kerana sememangnya pihak yang ditelefon tidak berminat dengan produk anda?

panggilan pagi tadi;


I: (angkat telefon dan diamkan diri)
Ejen: hello, assalamualaikum & selamat pagi (sambil wat suare mesra alam dan islamik ) Boleh saya bercakap dengan Cikna Chubby (ekekekeke..xla die sebut nama penuh ;p )
I: ni sape?
Ejen: saya....(sebut nama die which i dont even care to remember..pffff typical me) dari BONUSLINK -
I: (Cepat-cepat potong before dia habis cakap..sungguh xberadap kamu yer cikna) maafla saya tak berminat dengan ape-ape yang awak nak beritahu.da banyak kali da orang BONUSLINK call beritahu sal benda-benda ni 
Ejen: sal benda apa tu cik? (eh..eh...wat-wat tanya lak...)
I: maaf..saya busy 
Ejen: maaf mengganggu cik..

talian aku matikan..hangin hokey!!

pernah sekali sampai setengah jam aku pinjam kan telinga untuk orang yang mengaku dari BONUSLINK ni. konon aku terpilih la join insurans perlindungan cover sampai beribu-riban and bayar below rm100 every month.owh...puhlease! siap mintak alamat, no kad credit bagai...kalo bukan scam pon sape la nak bagi maklumat macam tu via phone right!

hangin jap sebadan