Wednesday, February 1, 2012

Momok datang lagi

Satu bulan satu entri..boleh? haha..

Masa mula-mula dok rumah sewa dulu (yeay! Saya da berpindah..) rumah tu nearly a year takde orang stay. Sebab tuan rumah baru beli dari owner lama. Saya tak amek kisah sangat. Dan rumah tu tak lak tunjuk tanda-tanda menyeramkan. Heh. Selamba jer balik dari keja petang sabtu saya kemas sorang-sorang and tido kat 2nd room.

Ahad nya baru balik melaka amek barang and adik. Malam tu adik tido kat hall dan saya berdengkur kat bilik saya la which is master bedroom. That night nothing happened. ~cam cerita hantu lak~

Nak dijadikan cerita, seminggu lepas pindah (tak la seminggu), malam tu malam jumaat. Kalau tak silap lepas maghrib camtu kawasan perumahan tu black-out. saya selamba lagi ~huhu ade adik kan..tak la takutzz~ pasang lilin segala jadi la terang rumah tu. And ada 1 lilin saya letak kat sinki dapur. Memang saya letak tengah-tengah and kalo setakat angin sepoi-sepoi bahasa memang takkan jatuh la. Sebelah lilin tu pulak ada penutup botol. ~haha..imagine la sendiri~

Tengah saya borak-borak dengan adik, tetiba dengar bunyik sesuatu jatuh kat dapur ~hokey tetibe goosebump la sekarang ni~ adik saya (dia berani berbanding adik bongsu saya..heh) gi la kat dapur tengok. Saya Tanya ape barang tu. Die tunjuk penutup botol sebelah lilin tu. Saya pelik sangat sebab kedudukan penutup tu memang memustahilkan untuk ia jatuh melainkan disentuh oleh zarah yang sama sifat sehingga menyebabkan ia boleh terusik dari kedudukan asal. Tapi saya senyap je. Adik pon sama.

2,3 hari lepas tu saya g beli sayur kangkung and encik rendam akar kangkung tu kat bekas plastik tepi sinki yang sama gak. Pagi-pagi before g keja memang saya xde masa la nak masak bagai tapi sempat jeling kat sinki tu. Balik keja saya tengok kangkung tu da terkeluar dari bekas tu. Saya Tanya adik nape die letak kangkung tu kat luar and tak rendam? Dia kata bukan dia and dia ingat saya yang wat. Hokey saya da amuk. Sebab keadaan kangkung tu bukan bersepah, tapi seolah-olah ada orang keluarkannya dari bekas and letak elok-elok kat tepi bekas tu.

Saya buka bilik stor and cakap..weh, ko nak dok sini aku tak halau pon, sewa pon aku tak mintak, tak payah la ko nak tolong aku masak sume. Lagi 1 xpayah nak tunjuk-tunjuk muka ko, aku tak nak kenal pon. Kalo ko kaco lagi aku panggil org halau ko.
~memang saya cakap cm2 dengan nada serius and garang..hoho~

ne saya tau die dok bilik stor? Sal belakang bilik stor ada pokok mangga besar and agak suram masa tu. And adik saya pernah dengar plastik yang saya gantung kat tombol pintu bilik tu kena usik malam-malam.

Heh.. lepas tu dia ada la mimpi macam-macam..tapi tak lama la. Things back to normal sooner than we thought. Hehe.. 

Friday, January 20, 2012

Mungkin?

Agak malas mencoret sesuatu sebelum dan selepas tahun baru. Mungkin kah saya bakal menamatkan zaman menulis blog? Huhu.. sangat runsing sekarang. Mungkin kah kerunsingan ini akan berakhir sejajar dengan hujung januari ini? Berdebar sangat.

Minggu depan da bermula cuti panjang sempena tahun baru cina. Saya suka kan cuti dan sudah lama tak jejak ke kampung halaman. Paling penting dapat tengok muka mak, abah. Rindu sangat rasa di hati. -_-“ harus menangis kalau dapat balik hanya pada bulan Mei. Sudah 4 bulan tak balik..sedih tau!

Ada yang bertanya kenapa penutup 2011 saya komen hanya dengan lagu trauma.. harus ke saya jawab standard ala-ala datuk siti ~biarlah rahsia?~ TIDAK! ~sambil memakai selendang dan berjambul ke?~ tiba-tiba saya rasa diri seekor ayam sebab berjambul.. ;p

Saya bagi peluang terakhir untuk diri saya. Itu saja jawapan bagi lagu trauma. Selepas ini saya harusla tidak memandang ke belakang lagi takut dengan gangguan momok ke? Nanti saya cerita tentang rumah sewa saya sekarang ni. Ada kisah momok semasa saya baru pindah tahun lepas. Tapi tak boleh cerita sekarang sebab nanti momok tau saya cerita kat orang lain terus dia tunjuk muka pulak~heh!~

Tunggu saya pindah tempat baru ke baru leh cerita? Bila la leh pindah ni….


Saturday, December 31, 2011

Trauma...







Tiada lagi airmata
Bisa ku tangiskan lagi
Tiada lagi guna bermadah
Tempatku bukannya di sini

Sepuluh tahun ku menghamba padamu
Tak ku pinta lebih daripada
Tulus cinta
Namun kau menoda
Berkecai mahligai kita

Tidak pernahkah kau terfikir
Kemungkinan yang berakhir
Tidak pernahkan tersingkap di minda
Wajah kita sekeluarga

Sekelip mata berubah segalanya
Tiba-tiba dunia daku
Gelap gelita
Tak menentu hala
Melihat kau bersamanya

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...

Walau seribu pujuk rayu
Tak mengubah pendirianku
Sekali kau menduakanku
Selamanya tertutup pintu

Biar daku membawa diri ini
Pergi jauh takkan kembali
Ku mencari
Ketenangan hati
Cuba lenyapkan trauma ini

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...





kesimpulan untuk 2011. 
end

Friday, December 23, 2011

Rindu..sila pergi jauh-jauh

Hujung-hujung tahun biasanya mengamit rindu pada sesuatu. Apetah lagi pagi ini dapat emel dari kenalan satu group tesis. He sent a paper of our research. Hati saya bagai diseru-seru. Malam tadi saya membelek salinan tesis untuk diemel kan kepada cik junior saya ~bride-to-be..ehem~ she’s helping to write a research paper about my project. ~ye projek cik cacing~

curik dr fb cik sue ;p yer saya tidak malu bergambar dengan ekspresi muka yang buruk! lol


Seketika tadi saya mula mengaktifkan facebook. Dan terlihat la gambar yang diupload oleh group institusi research kami dulu. Gambar tentang seminar~yet student progress presentation~ rindu! Yer..masa dulu saya selalu mengeluh sebab saya la orang yang selalu paksa rela kena present projek saya -_-“ dahla dulu project leader meWAJIBkan student projek naungannya bentangkan kemajuan tiap-tiap dua minggu sekali. In english btw >.< bagi peminat tegar belacan harusla English saya berterabur sana sini berbanding student lain yang makanan hariannya spegetti dan keju ~sungguh hiperbola~

present kolokium siswazah -again curik dr fb org..kali ni en apai

makan-makan kat pantri student..heaven! 

Rindu nak mengantuk-mengantuk dalam seminar lepas tu bertebaran menjamu diri dengan jamuan kecil. Harus la ada neskepi dan kuih muih barang seketul dua..hihi. biasa kalau datang lab harus pagi dalam pukul 8.30. pastu breakfast dengan team kapak sumbing. Biasa tapau and makan sesama dalam pantry. Owh..sangat rindu bihun singapore unikeb + daging black pepper.

Lunch pulak paling rindu dengan laksa unikeb (lagik?), siput sedut dan ikan bakar..ke? drooling sangat-sangat..huhu. dalam kul 3.30 ke 4.00 ptg harusla menum petang. Nescafe o cecah beskut hup seng ke? Sambil bergosip-gosip, tukar-tukar cerita, sesi luahan perasaan dan lain-lain. Kul 5.00 leh balik da. Hoorey.. dan best nya negeri selangor banyak cuti! Hoorey lagi..harus la balik kampung dengan senang hati walaupun highway ke Seremban selalu jem.. ;p

Rindu nak stress-kan diri dengan siapkan slide untuk meeting, berebut-rebut hantar emel ke SV (dengan harapan first come first serve ke?), rindu nak berdebar-debar bertentang mata dengan project leader, rindu pada UKM, rindu pada semua nya..

rindu zaman kegemukan ke? hahahaha



tadaaa..team meeting masa kat langkawi kalau tak silap..sila buntangkan biji mata kalau tak nampak..huhu


meroyan sikit: -_-“ sepatutnya saya balik kg minggu ni…tapi rumah punya pasal terpaksa tangguh percutian -_-“

sedey sangat tau!!!!!!!

p/s favicon ade gambar mashi maro atas toilet bowl sambil kat kepala ade pengepam toilet..motip?? ;p

Saturday, December 10, 2011

Chenta ati saya ^_^

Tahun 1997-1999

Masa zaman sekolah dulu suka sangat dengan group ni. Paling suka mestilah AJ Mclean (ala-ala bad boys gitu) jatuh hati sangat-sangat tau. Benci kalau ada orang muka sama macam encik AJ ni. Sebab tak nak ati jatuh kat mereka ke? Hahahha..gedik! wajib kumpul apa-apa majalah ke suratkhabar ke yang ada gambar BSB. Jatuh chenta kalau AJ tak pakai spek itamnye..imej die harus la pakai spek, berantai, bermisai, buka baju sikit tunjuk singlet *_*




 Tahun 2000-2001

Da dok asrama masa ni. Dedahan terhadap dunia luar da kureng sikit. Masa ni la jinak-jinak dengan dunia chatting. Adalah minat sikit-sikit kat abam-abam senior yang muka ganas-ganas (exco agama ke? Ehem ehem..gatal tekak) takde chenta ati kot masa ni..eh ke ada? Sebab masa ni tengah hangat telenovela sepanyol. Ye baru ingat sebab tengah hangat demam sepanyol masa ni da jatuh chenta dengan Enrique Iglesias *_* (ala-ala bad boys gak ke?)

motip letak gambar abam johnny? hahahah ;p


  
Tahun 2002-2003

Da start demam cerita korea ni. Harus ke minat encik Jun Sang winter sonata? Hahaha.. lepas matrik baru layan cerita ni. Start masuk asrama dulu da kurang layan tv. Hari ahad je kadang-kadang turun tengok “melodi” –stereotype kaedahnya ;p

*_* jatuh chenta dengan hyun bin sebab lesung batu pipit ke?

 Tahun 2004-2006

Ni da tak ingat da. Rasa macam tak minat sape-sape. Mungkin sebab terlalu focus kat study ~ hahaha..poyo~



2001- currently: encik…heh!  malu letak font besar !!!!

jugak ada lesung batu pipit..hihi

Haruslah lelaki ini sentiasa jadi pojaan hati…encik pon tak leh komen pape walaupon dia selalu kata lelaki ini G**..~oh tidak!~