Tuesday, February 5, 2013

Menjeruk rasa








Teringat kata-kata seorang forumer “kalau seseorang itu bukan menantu pilihan, pergi masjid pun orang kata menjalang. Kalau menantu pilihan, duduk mengangkang pun dikatakan bidadari turun dari syurga.. malanglah orang bukan menantu pilihan. Terpaksa hidup dalam ketabahan yang dipaksa-paksa”.
 
Kalau menantu aku, aku paksa gak dia jadi pilihan aku. Heh! 

Kita tak boleh paksa orang untuk berubah. Tapi kita boleh je kalau nak berubah.

After all, you gain what you sow. 

p/s: bahasa agak kasar sebab mengekalkan keaslian ayat-ayat forumer tersebut. 

Friday, February 1, 2013

Ramen



Once in a while, memang tetiba mengidam nak makan megi. Heh.. dulu aku suka sangat megi pedas-pedas yang rasa memang wow! Macam megi kari and tom yam. –lidah melayu tak pedas tak selera la pulak kan. Megi ayam ke vege ke tak pandang sebab tak melecet lidah kalau makan. Tapi itu dulu.. (bak kata lagu amy mastura).

Sekarang ni memang aku prefer megi perisa lembut-lembut ni. Macam megi ayam and latest ni megi cintan: ayam & cendawan. Tak tahu la kalau yang tak suka rasa cendawan ala-ala petai ni.. pe nama dia ek..shitake ke ape. Entah. Sedap tau kalau masak megi tak pedas ni letak cili and bawang putih. Peh terangkat mangkuk megi sebab hirup dengan kuah-kuah sekali. Huhu. 

Pasni nak try sajimee ayam & bawang pulak. Hidup solo ni ada kelebihan gak. Boleh bahan megi tak yah fikir nak masak pape da. ----à erti kata lain MALAS! -_-“

Thursday, January 31, 2013

Reminiscing



Aku suka buat lawatan blog-blog budak remaja ni. Kelakar, pelik dan mengingatkan aku zaman remaja dulu. Kalau dulu aku memang kategori budak skema (ehem..). ada sesetengah part yang buat aku rasa bersyukur aku tak buat benda-benda mengarut –sebab bila kukenang balik i was like..”duhh”. Tapi ada gak yang aku rasa “eiii rugi nya tak buat macam tu dulu” hah!!

Recently when i was blogwalking, i came to read this particular blog. Adik ni baru masuk 14-15 tahun agaknya. I remembered one of my ustaz called this fragile year as “zaman menggatal” –harsh! But true indeed. Her blog (and the situation is same with her other-same-age-friends) always talked about how cute this guy was, caring and so-so, and this guy will be her last-time-lover, and 2-3 weeks after that they’re broke up. And she’ll meet another guy but the case will be the same. Puppy love, been calling each other baby-hubby, do things together and broke up cause of the “gaming” excuses. She’d been game (played, game tu istilah remaja sekarang) by some guy then other guy dumped her and so on. 

One thing I do realized that as teenagers, they always wanted to love and be loved in return (well it goes the same to we, adults as well). Human nature to be precise. Dan bila jumpa seseorang yang lebih baik (lelaki @ perempuan) they tend to fall in love –easily. Lain k zaman hakak dulu. Kalau minat pun simpan dalam hati je, tak pun beritahu kawan-kawan rapat and paling gedik bagi surat la (haish). Kalau yang cun-cun tu memang senang pancing undi tapi yang agak “chubby” and “jambu” ni memang ke laut je la dek! 

Tapi ada satu post yang buat aku terkedu sekejap. This girl cut her hands –macam troll #cutforbieber yang pernah trending kat twitt-er tu.. bukan la potong habis tapi dok kerat-kerat tangan tu. Ish ish ish..ngilu k. Such a cute girl..she is. Maybe at this tender age the urge to do something –to show people they loved that they do love them ..faham tak ek? –is beyond our expectations. Masa ni lah bergelora semangat nak mencuba sesuatu yang baru –sebab tu ade kes terlampau sekarang ni –buang anak, lari rumah, mabuk, etc etc etc. Bukan tak ada zaman aku muda-muda dulu. Tapi tak menggerunkan macam sekarang. Should we blame the technologies –smart phones, internet, social networks? 
 ngilu hakak!!

It’s for us to find out. And for the young generation to cope with the current waves of evolution. 


p/s: Berchenta guna surat sangat romantik tau! Hahahaha

Wednesday, January 30, 2013

Buku Januari



Phantom. ;) masa zaman menggedik dulu (sekarang kurang gedik ;p ) adalah tersuka kat seseorang yang punya nick P ni. Ini cerita 13 tahun lepas. Teet!! Hadek-hadek sila guna kalkulator untuk kira actual age hakak masa tu yer. Patutnya cerita ni off record tau tapi sebab masing-masing da dewasa dan da cukup matang untuk menilai maka aku kongsikan bersama ;p.

P dan aku kira kawan tinta je. Tak pernah pun berborak macam kawan-kawan biasa. Suka tu macam kawan la (ye ke? Haha..ada la sikit-sikit..zaman hingus kan) ada rasa yang terlebih terkurang tu terpaksa la pendam walaupun kalau dapat cakap kat telefon da melompat-lompat macam kera kena belacan. Hahaha. A year after that..aku kenal la pulak dengan encik and declared. So perasaan untuk P terus terpadam... and dia pun da kawin dan mungkin da ada anak la kot. Entah. Harap-harap la..kita doakan yang terbaik je. 

Baru-baru ni aku ngeteh la dengan encik. Dia seperti biasa akan main game kat tab nyer tu. Masa main game yang utama adalah game itu sahaja..awek ke makanan ke da tolak ke tepi -_-“ pastu encik guna nick “Phantom”. LOL. Tetibe mulut gatal aku ni pun dok sapa...”eh eh..dulu masa saya kat asrama dulu ade kawan baik nama yg sama cam awak guna” (nada minta pelempang). Terus encik reply “ SO?” hokey..ade nada marah and jeles aku pun wat muka tak malu terus tengok berita tv1 yang aku tak faham ujung pangkal nye. (haha..hamek ko).

Sebenarnya nak cerita tentang buku The Phantom Of the Opera je. Heh. Melalut lak ke zaman silam. Buku ni da lama beli tapi tak habis baca lagi. Memangla sebulan sebuah buku tapi tak terbaca-baca lagi buku-buku tu..haih!! yang best nya buku ni...besides jalan cerita yang menarik..(duhhh..harusla semua pun da tengok filem dia kan..) susunan ayat dan gaya bahasa nya menarik perhatian. Penulis tak menggunakan bahasa pasar, common language ataupun bahasa rojak (seperti dalam blog picisan ini) dalam hasil nukilan beliau. Tapi mengunakan ayat literatur yang sangat mempesonakan. 
 buku yang daun-daun tu cik kerani punye. huhu

Seakan kita berada di situ, mengalami peristiwa yang sama, dan menjiwai karakter yang diimaginasikan. (wah..bahasa!) buku literature macam ni memang sesuai kalau nak bagi kanak-kanak belajar sastera sebab kaya dengan perkataan yang jarang atau tak pernah kita dengar atau baca. 

Huh. Selesai karangan kali ni. Kalau ayat-ayat yang sama dapat digunakan semasa karangan spm dulu harusla dapat A1 dalam BM. Tapi............(lengkapkan la ayat sendiri ;p )

Tuesday, January 29, 2013

cerita januari ke?



Filem agak lama (tak berapa nak lama gak ;p) tapi baru ada peluang nak tengok lepas da berapa lama di muat turun (download ). Cerita ni berjaya buat aku tak berapa nak tido malam jugak la. Heh. Bukan takut tapi terbayang-bayang jer..lebih-lebih lagi bila pause cerita masa nak pergi toilet dan sebagainya takut gak kalau gambar tu bergerak -_-“. Again..memang pengaruh media sangat kuat dalam diri ni. 

Lepas cerita Insidious cerita The sinister ni memang buat aku terkujat-kujat. Heh. Benci tau tiap kali pejam mata nampak imej Bughuul tu. Sekali pandang macam Joker pun ade. Tapi Ethan Hawke nampak kertu sangat dalam cerita ni. Time cerita Daybreakers (2009) dulu nampak macam hensem jugak la. Then again itu 4 tahun yang lepas. -_-“  paling ngeri dalam cerita the sinister ni video Lawn work tu. Arghh.. kena bunuh dengan mesin potong rumput. Ngilu hokey. Da tu pulak pembunuh famili masing-masing muka sangat la innocent. Tak bersalah je. Memang cerita tak ber-“hepi –ending” macam Insidious dengan Drag me to hell.
Cerita macam ni memang berfikiran out-of-the-box. Tak la macam sesetengah cerita yang menyogok penonton dengan happily-ever-after...(mostly cerita melayu). Must give credits to en Mamat Khalid yang berani hasilkan filem lain dari lain. Walaupun ada yang kata idea kekampungan or hantu tepung gandum etc..i do enjoyed his films. 

Owh by the way..the walking dead da masuk season 3... bersambung pulak Februari ni. Sedih sangat bila Lori, isteri Rick mati masa nak lahirkan baby -_-“ yelah masa season 1 & 2 memang agak menyampah sikit dengan watak ni sebab ada skandal dgn Shane kawan baik Rick. Season 3 ni Rick cam da tegas dan tak berapa nak layan Lori lepas dia da bunuh kawan baik dia sebab Lori. Sedih woo masa Lori da selamat kan Hershel dan Rick datang jumpa dia. Ingat kan Rick nak berbaik semula tapi tak..Kesian Lori sampai nak mati pun Rick tak maafkan dia.. (terpaksa tukar nama jadi Bas lak..sal Lori da takde).

Gossip Girl pun da habis. Rupa-rupanya GG tu ialah Dan. Huh.. last episod baru la rambut Dan Humprey tu molek sikit. Kalau tak serabut yang hamat. Pe kes aku dok review cerita ni. Heh.. gila mem-blog da datang. Semua pun nak taip. -_-“