Tuesday, January 29, 2013

cerita januari ke?



Filem agak lama (tak berapa nak lama gak ;p) tapi baru ada peluang nak tengok lepas da berapa lama di muat turun (download ). Cerita ni berjaya buat aku tak berapa nak tido malam jugak la. Heh. Bukan takut tapi terbayang-bayang jer..lebih-lebih lagi bila pause cerita masa nak pergi toilet dan sebagainya takut gak kalau gambar tu bergerak -_-“. Again..memang pengaruh media sangat kuat dalam diri ni. 

Lepas cerita Insidious cerita The sinister ni memang buat aku terkujat-kujat. Heh. Benci tau tiap kali pejam mata nampak imej Bughuul tu. Sekali pandang macam Joker pun ade. Tapi Ethan Hawke nampak kertu sangat dalam cerita ni. Time cerita Daybreakers (2009) dulu nampak macam hensem jugak la. Then again itu 4 tahun yang lepas. -_-“  paling ngeri dalam cerita the sinister ni video Lawn work tu. Arghh.. kena bunuh dengan mesin potong rumput. Ngilu hokey. Da tu pulak pembunuh famili masing-masing muka sangat la innocent. Tak bersalah je. Memang cerita tak ber-“hepi –ending” macam Insidious dengan Drag me to hell.
Cerita macam ni memang berfikiran out-of-the-box. Tak la macam sesetengah cerita yang menyogok penonton dengan happily-ever-after...(mostly cerita melayu). Must give credits to en Mamat Khalid yang berani hasilkan filem lain dari lain. Walaupun ada yang kata idea kekampungan or hantu tepung gandum etc..i do enjoyed his films. 

Owh by the way..the walking dead da masuk season 3... bersambung pulak Februari ni. Sedih sangat bila Lori, isteri Rick mati masa nak lahirkan baby -_-“ yelah masa season 1 & 2 memang agak menyampah sikit dengan watak ni sebab ada skandal dgn Shane kawan baik Rick. Season 3 ni Rick cam da tegas dan tak berapa nak layan Lori lepas dia da bunuh kawan baik dia sebab Lori. Sedih woo masa Lori da selamat kan Hershel dan Rick datang jumpa dia. Ingat kan Rick nak berbaik semula tapi tak..Kesian Lori sampai nak mati pun Rick tak maafkan dia.. (terpaksa tukar nama jadi Bas lak..sal Lori da takde).

Gossip Girl pun da habis. Rupa-rupanya GG tu ialah Dan. Huh.. last episod baru la rambut Dan Humprey tu molek sikit. Kalau tak serabut yang hamat. Pe kes aku dok review cerita ni. Heh.. gila mem-blog da datang. Semua pun nak taip. -_-“ 


Monday, January 28, 2013

semua untukmu



Ewah ewah ramai la yang bercuti hari ni yer. Cuti panjang la start dari hari khamis hari tu. Tapi aku ni keje gak. Bulan depan raya cina dapat la rasa nikmat cuti panjang. Hamek ko. Haha. Hari ni bersemangat datang ofis walaupun pakai t-shirt dengan jeans je. -_-“ ok masa mula-mula keje dulu memang rajin yang amat pakai baju kurung tudung belit-belit segala (masa tu kategori hijabsta belum wujud..ke?) da masuk tahun ke 2 keje terus malas nak iron bagai. Pakai t-shirt dgn jeans je lah.

Teringat dulu masa cik kerani baru masuk keje (late last year) dia tanya aku nak panggil aku apa? Aku selalu bahasa kan diri “akak” kalau dengan perempuan (ye dik..hakak sedar da masuk 3series ;p ) umur cik kerani baru 23 yer.. budak lepasan U. Aku senyum je.. aku cakap la panggil kak je sebab ai da tua (owh..senior hokey) dia cam terkedu sebab dia kata nampak macam muda dari dia –cerita betul takde tokok tambah..sila muntah hijau berjemaah- hahahahahaha..aku gelak je la. Ni mesti taktik nak amek hati ai. Owh tak rela. 

Cik kerani ni gak lah yang bagi aku mende ni. Contest dinner bersama Bang Nuar ku (wink wink). Memang aku meroyan la dgn encik suruh dia beli paper metro hari-hari sebab nak keratan loga RAP kat paper tu. Siap aku ugut dia kalau aku menang aku taknak bawak dia jumpa bang nuar (hahahaha..gelak guling2 berangan betol kan). Masa keluar iklan bang nuar nak buat konsert aku terus msg encik belikan aku tiket (harus la xdapat kan..huh) encik tanya bila konsert nyer terus aku jawab tak sempat nak tgk sebab tgk bang nuar senyum dgn lesung pipit dia terus xhingat dunia (jerit..jerit..;p)
 So sekarang borang da lengkap nak pos hari ni. Moga-moga dapat menang peraduan (hahaha)..kalau xdapat jumpa bang nuar dapat tgk ujung rambut pun xpe la ^_^


Sunday, January 27, 2013

Sesekali ...(mode syahdu)



Owh ye... jarang sebenarnya aku nak komen pape tentang isu-isu semasa. Takut jadi isu pulak nanti. Tapi menyayat hati bila ada kes melibatkan kanak-kanak mahupun warga tua. Hati jadi pedih. Minggu lepas kalau tak silap aku terbaca berita tentang penjualan bayi –yang comel diletaknya harga tinggi. Yang kureng letak harga biasa je. Kesian kat bayi and pada pasangan yang masih belum ada zuriat sendiri. Yelah kalau da bertahun-tahun berusaha tapi masih belum ada rezeki apa salahnya kita ambil anak angkat –tapi biarlah melalui saluran yang betul. Yours truly pun ada hasrat nak ambil anak angkat cuma buat masa ni belum ada rezeki orang nak bagi anak diaorg minta tolong jaga. 

Itulah kan adat orang Melayu (refers to malay community cause i won’t dare make any comments to other race..huhu..) bila time single macam yours truly ni (umur pun nak beranjak ke 3 series ;) ) sibuk mencanang satu dunia persoalan bila la nak berumahtangga. Me myself didn’t think about it often. Ada adalah. Takde nak buat macam mana ;). Yang penting jangan sibuk menggatal dengan laki orang konsepnya. Hahaha.. bila da kawin pulak sibuk tanya bila nak ada anak. Tu yang terpaksa beli bayi walaupon bayar dengan harga beribu-riban. Yang ada anak pulak tergamak dera. Macam kes adik William tu. Entahla. Memang ada tahap kenakalan yang buat kita nak angkat tangan kat diaorang. Still jangan la sampai mendera. Sedangkan anak kucing pun tak sampai hati kita nak pukul inikan pula anak sendiri.

Malam ni syahdu pulak rasanya. Bila kita berada di tempat selesa kadang kala kita tak terfikir ada lagi makhluk Allah yang sengsara. Life is full of fake people. Before you decide to judge them,make sure you're not one of them.

Monday, January 21, 2013

Isnin yang hangit (or mentah?)



Argh..pagi-pagi mood da tak hepi >.< hari ni berangan nak jadi makcik nasik lemak. Beriya bangun kul 6 pagi nak masak sambal bagai. Siap da bilis goreng, telur rebus, timun, sambal udang bagai tengok-tengok nasi mentah!! Huwaaaa…

Letak lagi air tunggu sampai kering. Sempat lagi dok tengok kain baju kat mesin. 3 hari hujan maka jemuran memang tak berangkat. So pagi tadi tengok ampaian clear terus masukkan baju-baju dalam mesin. Sampai 3 kali spin nak pastikan baju kering balik nanti. Hari ni pun hujan lebat. Harus la ambil langkah berjaga-jaga kan.

Da habis spin 3 kali, da mandi (air sangat sejuk hokey..laksana bermandikan ais di pagi hari) siap-siap pakai tudung semua tengok nasi…mentah lagi plus lembik lak tu. Haru sangat. Hangat kan lagi nasi tu..terkocoh-kocoh jemur baju semua & sempat bersapa dengan 3 ekor anak kucing yang sangat comel (jiran punya) & jinak. Kita dok jemur baju dia lenggang kangkung datang ke baldi main-main kaki kite. -_-“ sorry kittens I have to go to work it’s already 8.15am. huhu

Tengok lagi periuk nasi still lembik. Huhu..salah teknik da ni. Tawakal jelah. Masuk dalam tupperware zap zap g koje. 8.30 am. Ambil colleague & jem! -_-“ couldn’t be any worse kan. Sampai ofis tengok nasi lembik sangat-sangat. Tak tahu nak usaha macam mane da.. harus ke bawa periuk nasi ke ofis? Hahahahaha –gelak jahat..

Tak lalu nak makan pe lagi bagi encik. -_-“ in the end kul 11 gi beli nasi putih je. Makan la dengan lauk nasi lemak tu. Cita-cita nak jadi makcik nasi lemak terkubur hari ni. Rasa down sangat-sangat >.<

Saturday, January 19, 2013

mungkir bahagia



19 January 2013.
Almost three months haven’t written anything. Looking back, the same thing happened to this blog before 2012. I’m still in the same place, the same spot, and the same situation. Never knew how long can I stand nor how much I can take the pain.

True. I’m in such pain. The pain that only me and myself can feel and suffer –never to share with anybody nor will find a way to tell nobody. Numb. But what’s a rainbow without a little rain –well in my case more to “raining like cats and dogs”..meow..

Oh by the way this new year our family has grew bigger. ^^
Our cat, Oren, has given a birth to five-adorable-super-duper cute kitten.. plus 2 more –now a  4 month kitten- which my brother brought back with Oren. Hehe.. which means now we’re already 6 members plus 8 cats.. ohsem!!!

Will write more since now i do have an internet connection in my little pink crib ^^
Orang kuning sering mengecewakan tapi tak pernah menghampakan ..LOL