Friday, September 12, 2014

Meh ber-kimchi ala-ala Cik na



Tengah-tengah mencari resepi kat group resepi ringkas facebook, tetibe rasa nak cuba buat kimchi –hukhuk- gelak gediks sangat kan. Fefeeling orang korea sekali sekala walaupon kulit kau dan mereka jauh bertiang-tiang letrik -_-“ google punya google terus dapat la idea macam mana nak buat. Ni semalam punya cerita –ayat budak baru nak up- hazab kan. Semalam pak incik kata tak sempat nak lunch sebab ada meeting pukul 1 tengah hari. Hokeh.. so ahkak tak payahlah terkocoh-kocoh masak bagai. Masak untuk diri sendiri goreng telur pon boleh. Pukul 10 aku dah keluar dari plant –hukhuk-ponteng + ngular.   

Dengan semangat berkobar-kobar terus la aku pergi kedai beli bahan-bahan nak buat kimchi (ke?).Semangat tu ala-ala mengidam kaedahnya. Misi pertama cari kubis cina. Cari punya cari mujur jumpa. Tapinya kubis yang belum dipotong-potong lagi. Dengan muka ala-ala comel minta pelempang aku tanya pakcik yang jual tu boleh tak potong? Harus la kan buat nya eksperimen tak jadi siapa nak hadap kubis sebiji besar tu. mujur la pakcik tu kata boleh kopek sehelai-sehelai daun kubis tu. -kopek mengikut definisi orang di sini agak lucah jadi kalau ada yang tak segan silu sebut depan orang tu makna dia orang luar ;p - 

Banyak pulak ulasan. Berikut cara-cara menyediakan kimchi ala-ala xberapa nak korean versi cik na.

 Cuci bersih-bersih kubis dan sawi. Yelah mana tau kot ada cacing ke bagai.. tak pasal-pasal dapat protein tambahan ye tak. Ikut resepi kene letak radish (lobak putih) tapi takut tekak ahkak tak boleh terima terus ganti dengan sawi batang gemok ni. Sawi batang kurus aku tak minat sangat, pahit katanya..haha alasan.

 Kemudian potong-potong ikut suka hati la. Kau taknak potong pon takpe..telan la sayur panjang-panjang tu. Ektrem katanya. Asingkan batang dan daun. Senang nak perap dengan garam nanti. Batang sayur bagi aku lambat nak serap garam (eh ye ke?) ;p

 Aku guna garam kasar bagi masinkan sayur ni. Memang masin kot (da kau pergi masukkan seketul garam dalam mulut kenapa la?) Lebihkan sikit garam ke batang sayur. dan bagi daun sikit pon da masin aku rasa. Ikut tahap kemasinan masing-masing la kan. Kalau nak mulut masin telan la sepeket garam kasar tu.

 Da gaulkan garam semua, letakkan sayur tadi kat tapisan. letak mangkuk kat bawah dan tutup dengan pingan kat atas, kemudian aku letak pulak batu lesung kat atas dia. Macam pemberat la konon-konon. Tujuan murni bagi air dari sayur keluar so takde la sayur berair sangat kan.

 Sementelaah itu, tumbukkan beberapa ulas bawang putih dan suku ulas bawang holland dengan agak-agak lumat. Nak blender pon boleh tapi aku suka guna kekuatan lemak lengan ni jadi aku tumbuk dengan lesung. Ni aku tumbuk lebih sikit sebab nak buat rencah sup cendawan bodoh ;p Guna bawang merah pun boleh, tapi sekali lagi ikut suka aku so aku ganti bawang holland.


 Untuk paste dia aku guna bahan ni je. Budu atau sos ikan (which can easily found in this area obviously), serbuk cili (aku guna baba's sebab pedas katanya) dan daun kucai (ni bukan untuk paste, tapi sebab ada dalam gambar kena la mention).

 Campurkan budu dan serbuk cili dan masak guna api kecik. Aku tak guna sos ikan sebab bau dia kurang enak bagi aku -heh- Lagipon budu pon da masin kan. Sebungkus serbuk cili aku letak. Warna cantik la kan. Da mendidih kejap, letak pulak bawang yang da tumbuk tadi. Kemudian boleh la rasa. Untuk aku, terpaksa tambah beberapa biji cilipadi tumbuk sebab tak pedas langsung -_-" ahkak kan kuat pedas. Bak kata pak incik, berkilo cili pon tak pedas bagi aku ;p Ikut resepi asal kene letak tepung jagung bagi pekat, tapi aku derhaka tak letak. Hohoho

 Ni sayur yang da diperap dengan garam selama 30 minit. Aku perap jap je sebab tak nak masin sangat, Lagipon pukul 2 da kena masuk ofis kan -hukhuk- Cuci bersih-bersih. Sambil cuci tu boleh la rasa kalo masih masin cuci lagi. Sampai sedap-sedap camtu. Tapi jangan la rasa semua. Takdan jadi jeruk nanti. Da cuci tapis lagi. Tak mo ade air.



Campurkan sayur dan paste tadi sikit-sikit. Nak lumur dengan tangan pon boleh. Tapi hadap la bau budu kat tangan kalau tak cuci bersih. 
 Da agak-agak sebati, campurkan pulak daun kucai yang dipotong agak-agak 1 inci -_-" alah agak-agak je kan..tak payah la beriya amek pembaris ukur seinci-seinci.

 Nak siap semua leh la masuk dalam bekas -ni tupperware aiskrim je- sebab serbuk cili nanti harusla meninggalkan kesan abadi bila nak cuci kan. Lepas tu leh la peram dua, tiga hari..ke?


Tapi versi cikna ni lepas siap terus aku cedok sikit dan ngap dengan telur goreng dan sup cendawan bodoh. Sebab pe nama dia bodoh sebab isi cendawan and bawang semata tapi kalau makan tak la mengakibatkan kebodohan. Literally. Sedap gak krup krap bunyik sayur rangup. Aku tak tau la rasa kimchi sebenar tapi versi yang ini setelah dicedok dari pelbagai resepi di google ni la yang aku dapat hasilkan. Nak bagi pak incik seperti biasa dia tak mau. Konon tekak hollywood nya tak leh blah masakan K-pop mahupon anime. Eh incik..eksen kan dikau.


p/s: sambil masak sambil amek gambar amatla payah bagi insan seperti ku. tabik spring kat orang yang selalu upload gambar cara-cara memasak. Ni pon step by step asyik kena lap tangan pastikan betul-betul kering agar tak terkena IPHONE 5 ku yang super sensitif ini -rasain loh ku capslock kn jenama fon- ;p




Friday, August 29, 2014

Merdeka ke?

Yosh..minggu ni cuti panjang sebab hari senin public holiday. Masa terluang haruslah dipenuhi dengan menonton anime sampai lebam. -_-" Agak malas sebenarnya nak mengupdate blog yang narcissism ni. Kengkawan pon da ramai yang tak update -had a better commitment I pressume- oh well.. perhaps in future I have so much to tell in this blog.

Almost 2,3 years tak present -guna powerpoint obviously-pff rolling eyes- last Wednesday bos suruh aku present untuk bidding company. tak sempat nak rasa nervous sebenarnya, cik kerani yang comel da siapkan slaid, and he told me to present on Friday. I was like ok, ingatkan sempat la kot nak prepare kata-kata mukadimah sebelum present..tuptup sampai je kat tempat kejadian banyak la pulak keje nak kena setel sebab the whole last week I was in the office. Meeting pukul 10.30am and I started the presentation as soon I reached there.

Tau-tau da nak dekat kul 12.00pm. Perut pon da berkeroncong la kan. thankfully klien sangat la humble and friendly. Salute sikit. Pastu bergegas balik rumah masak-masak bagai. Sampai ofis baru tanya bos ok ke tak presentation tadi. Mujur bos kata OK sajork..surely there's some correction to be made tapi alhamdulillah both of party puas hati. Boleh dapat ke bonus lebih ke ni? hahahaha gelak jahat tapi penuh harapan -_-"

oowh by the way, minggu lepas sempat la tengok The fault in our stars ke hape tajuk nye.. memang the fault betul la. rasa membazir 2 jam lebih. jalan cerita slow, klimaks xsampai, ending pon hurm.. patut part Gus mati tu la kena tunjuk.. ahkak tak nangis pon hokeh! mujur sedut je cerita. Senin lepas tengok wayang cerita Lucy pon rasa membazir. ending Lucy jadi pendrive memang aku tak leh nak cerna -_-" (sape yang tak tengok lagi ni da jadi spoiler ;p ) I really can't brain this. Lantas ku mesej engineer ofis lalu ku cerita kan spoiler tersebut. hahaha tak jadi dia nak g tengok dengan awek die. takut kene bising sebab cerita ntahapehapela tu

malam ni nak g teman encik main bowling pulok -_-" macam-macam la pak incik tu..layan kan aje la



Friday, July 25, 2014

Teaser..the pink room


 
 
 Soon ..wink wink 

Monday, June 23, 2014

Monday morning


Jamu mata 

Friday, June 20, 2014

Charming Friday

 
 Untung ada adik manis kat opis. Bawa fresh flower serikan opis. Huhu. 
 
Abaikan tumbler pink itu.                       


 P/s dengar-dengar raya dapat bonus besar. Untungla 😄